Mar 2, 2014

Resepi : Apple crumble


ASSALAMUALAIKUM


(aku guna kita)

Hi readers, pernah dengar tak APPLE CRUMBLE ni? Pernah makan? Ke pernah tengok je resepi tapi tak pernah buat? Mihmihmih rugi tuuu kalau tengok je tak buat, dessert ni lah yang paling senang sekali pernah kita buat tau. Kalau rasa diri tu malas tapi tekak kempunan nak makan makanan mat saleh, sila lah cuba ye :)

Okay sebelum tu meh tengok hasil tangan kita dulu. Ngee


Yaa, ini lah hasilnya, maaf kalau huduh heeee. Okay berbalik kepada resipi. Bahan-bahan yang diperlukan..

Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (depends la kalau taknak manis boleh kurangkan)
1 sudu teh serbuk kayu manis
100 gram mentega (yang baru keluar dari peti sejuk)
kismis (kita main letak je)

See senang je kan bahan-bahan dia ? Okay cara nak buat lagilah senang kalau dah bahan pun sikit, cuma campak satukann dalam satu mangkuk dan mulakan operasi anda. Agaga. Gaul semua bahan tadi dengan jari-jemari anda yang halus mulus tu, till then, jadi lah serbuk roti macam ni.


Mana applenya ? Takkan crumble je? Haa ni la dia nak habaq ni, ambik 4 biji apple hijau yang tak kisahlah potong macam mana pun asalkan buang kulit. Then susun kat dalam loyang macam gini ye!

Saje je tabur gula hee
Apple pun dah lebam sebab tunggu lama sangat, okay done susun apple ni, dekat atas dia just tabur je crumble tu. But... ha but jangan tekan! Just ratakan je atas dia okayyy?


Lepas ni boleh la masukkan dalam oven. Bakar sampai adunan nampak keperangan k. Actually, apple crumble ni lebih sedap kalau makan dengan sos kastard. So, nilah bahan-bahan sos dia

Sos kastard
250 ml susu HL kalau nak sedap (susu tin pun boleh)
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla

Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau tapi jangan lama sangat nanti berketul-ketul pulak susah. Hee dah siap ! Lepas tu masukkan dalam peti sejuk baru..erm marvellous!


Hasil bila dah keperangan di bakar. Kalau tak suka sos kastard tu boleh jugak makan dengan aiskrim. :)
Enak gituu.. Sebelum tu, pesanan dari kita, kurangkan gula dalam makanan, nanti kencing manis siapa susah?

okay selamat mencuba :) btw ni entri yang ke-100 yeay haha (tetibe) Kbai



4 comments:

  1. yum yummm perut tengah lapar.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe poslaju adaa boleh bolehh, cuma order ja :D

      Delete
  2. Yummeh !

    Akak tak berapa suka kalau apple dalam masakan lain, kek ke apa. Kalau makan buah epal sesaja suka la :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Same here, ni sesaje je try. Senang saja meyh ;)

      Delete

Sudah baca sudilah comment, it's free okay no need to pay :D