Feb 20, 2014

Cream puff sos kastard yang yummy yummy!


ASSALAMUALAIKUM


Hee siapa suka makan cream puff ni? Puchohandssuppp (put youur hands up) Semalam tetiba rasa rajin tangan nak buat cream puff ni so google la. Then jumpa resipi kat Cik Epal. Buat punya buat dari pukul 4 petang sampai pukul 2 pagi. Haa hadap kauu oven tu. First buat guna resepi Cik Epal tak menjadi sebab aku pun tak tahu laa. Dia turun lembik lembik dan selebet aku tak tahu. Aku pun tak pasti aku bake cream puff ke tahi >.< My bad, adalah kut salah sukat tu.

So cari punya cari second round punya cream puff jumpa dekat Secubit Garam ni. Alhamdulillah menjadi Ya allah happy giler time tu sebab menjadi. Rasa macam nak meletop je urat kaki ni. Berdiri lama sangat depan oven kan? Tapi bila dah menjadi sujud syukur terusss.

Okay, mari kita mula. 

Bahan-bahannya ialah,

250 ml air

100g  mentega

1sdk gula kastor

125gm tepung gandum
3 biji telur (aku guna gred D)
1/2 sdt garam
1 sudu esen vanilla


Cara-cara nak buatnya pula,

Firstly,masukkan air dan mentega dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana, bila dah mendidih atau mentega tu dah cair boleh la masukkan tepung ye tuan tuan dan puan puan :) Kacau laju-laju sampai adunan tak melekat kat periuk and jadi macam doh.


Alahai buruknye ghoperr haha. 

 Jangan lupe sejukkan dulu adunan tu dulu dalam bekas lain, sejukkan tu penting kalau tak, nanti tak menjadi la magik kita ni. Then masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Seelok-eloknya masukkan sebiji telur.. kacau, sebiji lagi...kacau and so on. Baru la umphhh. Kacau benda alah ni memang memenatkan. Betul kata Cik Epal rasa macam nak tumbuh muscle je heheh. :D


Lepas tu korang bolehla paipkan dia ke atas dulang pembakar yang dah disapukan mentega. Aku takdak piping bag and nozzle. So alternatif lain pakai je plastik letak makanan tu, buat lubang kat hujung and letak semperit punya acuan kat hujung tu hehe. Jimat! Dah siap boleh la bakar.  Bakar 15 minit pada suhu 180 darjah. Bila dah keperang-perangan boleh la keluarkan dari oven.




Bila dah siap jadi la macam ni. tapi ni still naked lagi so kita perlukan bahan untuk buat sos kastard pulak ye. :)


Bahan-bahan sos kastard,

500 ml susu segar (aku guna Dutch Lady)
1 biji telur
25 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla

Ni senang, campak je telur,gula kastor, tepung kastad, tepung jagung and esen vanilla dalam periuk dengan api kecil. Kacau sampai sebati lepas tu tuangkan susu segar dalam tu. Kacau lagi sampailah likat.

Potong sikit cream puff tu. Sikit je, sunatkan dia sikit untuk masukkan sos kastard. Then taburlah sikit gula aising barulah omey omey heh. Pahtu pofff jadilah coco crunch, haha ni lah hasil dia


Cream puff sos kastard yummy yummy

Pesanan dari aku sendiri. Kalau nak cari resepi tu, carilah dari pelbagai sumber ye. kadang-kadang ada resipi yang diorang tipu sukatan. Sebab tu la buat beratus kali pun tak menjadi je. Eh eh ni bukan nak cakap resipi Cik Epal yang tipu sukatan tau sekadar berkongsi haha selamat mencuba :)





2 comments:

  1. Replies
    1. Yup. Memang senang :) Cuma telur tu la yang banyak guna. Kembong telurr la makan cream puff ni heheh

      Delete

Sudah baca sudilah comment, it's free okay no need to pay :D